
WASHINGTON - Ketua Polis Washington, Cathy Lanier mengkritik tindakan seorang detektif veteran yang mengeluarkan sepucuk pistol dan memegangnya di hadapan sekumpulan orang yang melemparkan bola salji dalam satu pergaduhan pada minggu lalu.
Menurutnya, dia sudah melihat klip video dan tidak berasa ragu bahawa detektif tersebut yang memakai pakaian biasa dan mengeluarkan sepucuk pistol selepas turun dari kenderaannya pada Sabtu lalu.
Deteltif itu bertindak sedemikian selepas kenderaannya dilempar dengan bola salji.
"Saya percaya tindakan pegawai itu tidak wajar sepenuhnya," kata ketua polis tersebut dalam satu kenyataan.
"Kita sepatutnya mengendalikan situasi itu bukan dengan cara tersebut," tambahnya.

Semasa kejadian, ratusan orang menyertai pergaduhan bola salji dengan melemparkan salji ke arah rakan-rakan.
Kejadian itu turut disiarkan di laman web YouTube.
Dalam satu lagi klip video, pegawai polis itu memperkenalkan diri kepada sekumpulan orang yang melontar bola salji itu sebagai Detektif Baylor.
Detektif itu menyatakan tindakannya mengeluarkan pistol ialah kerana dia dilontar dengan bola salji.
Namun, insiden itu berakhir apabila beberapa anggota polis lain tiba di tempat kejadian dan menenteramkan keadaan.
Detektif itu kini diberikan tugas di pejabat manakala pistol dan lencananya ditarik balik.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: