
JANGAN salah sangka dengan tindakan kumpulan dari Korea, T-ara yang mendermakan tisu tandas.
Mereka bukanlah menghina sesiapa sebaliknya niat mereka sangat murni apabila tidak mahu ribuan kotak tisu tandas yang mereka terima dibuang begitu sahaja.
Kumpulan tersebut dilaporkan telah menerima beribu-ribu kotak tisu tandas kerana tajuk lagu yang dihasilkan mereka iaitu Bo Peep Bo Peep dan Poppee agak sama dengan nama jenama tisu tandas tersebut.
Kerana terlalu banyak tisu tandas yang diberikan peminat dan khuatir ia dibazirkan begitu sahaja, mereka merancang untuk memdermakan tisu tandas tersebut kepada rumah-rumah kebajikan di sekitar Seoul.
Kumpulan itu akan menderma 100 kotak kepada setiap 10 rumah kebajikan.
"Kami menerima terlalu banyak tisu tandas sehingga tidak tahu nak buat apa dengannya. Daripada ia membazir lebih baik kami memberikan kepada yang memerlukan.
"Sekurang-kurangnya kami gembira kerana dapat membantu golongan susah walaupun ia bukanlah bantuan yang besar," kata salah seorang ahli kumpulan itu, Hyo Min.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: