Sunday, December 13, 2009

Daphne pilih untuk diam


DAPHNE dan bekas suaminya, Yiing Yih.


NAMA Daphne Iking tiba-tiba menjadi panas apabila bekas suaminya mendakwa seorang tokoh korporat 'memikat' pengacara dan model itu tahun lalu dan kes tersebut kini dirujuk ke Mahkamah Tinggi.

Teman Diva sempat bertanyakan kes itu kepada si empunya diri. Dalam nada tenang dia menuturkan jawapan.




Beritahu Daphne, kala ini dia dapat melihat siapa yang benar-benar dekat dengan dirinya dan sebaliknya. Kehilangan beberapa tawaran kerja tidak membuatkan dirinya lemah walaupun berasa teramat sedih pada satu masa. Rezeki anaknya membuatkan dirinya menerima tawaran kerja-kerja yang lain kerana bakat yang ada pada dirinya.

"Ramai orang terlalu banyak membuat penilaian sendiri dan mereka semua ingin tahu. Saya mengamalkan privasi dalam kehidupan peribadi saya dan sebab itu saya hanya mahu berdiam diri. Kalau khalayak mahu berkata-kata atau membuat penilaian sendiri, biarkan mereka. Ia perit tapi saya perlu lalui," akuinya yang berkahwin dengan bekas suaminya itu, Chong Yiing Yih, 31, pada 27 Januari 2007 di Bali, Indonesia dan mempunyai seorang anak perempuan, Isobel kini berusia 21 bulan.

Bekas suaminya mendakwa lelaki terbabit yang memikat bekas isterinya itu ialah Pengarah Urusan Adidas Malaysia, Darren Choy Khin Ming, 44, dan sehubungan itu dia mengambilkan tindakan untuk menyaman Darren yang juga merupakan bekas Pengarah Urusan EMI Music Malaysia.

Daphne yang mengaku berasa cukup tua sejak dua tahun kebelakangan ini menganggap segala kejadian pasti ada sebab di sebaliknya. Mengakui kini lebih rapat dengan tuhan, ujar Daphne kepada teman Diva itu, dia kini lebih mementingkan anaknya yang sekarang sedang membesar disamping mengelakkan diri daripada membaca kisah mengenai dirinya yang hangat diperkatakan di laman-laman web saat ini.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: