![]() |
| Cindy Crawford |
SUPER model Cindy Crawford tidak mahu gelaran ibu yang disandangnya mengganggu persepsi orang ramai terhadap dirinya. Oleh itu, wanita berusia 43 tahun itu mahu kelihatan seksi dan menarik walaupun mempunyai dua orang anak iaitu Presley, 10, dan Kaia, tujuh.
"Saya mahu mengatakan bahawa seorang model itu tidak boleh kelihatan seperti 'ibu-ibu' selepas beranak. Mereka perlu kelihatan anggun dan seksi di hadapan khalayak. Memegang status ibu tidak bermakna kita tidak boleh berfesyen. Personaliti menawan itu perlu dikekalkan," katanya.
Isteri Rande Gerber ini memberitahu bahawa usia sememangnya mempengaruhi personaliti seseorang itu. Namun, kita boleh menghentikannya dengan cara tersendiri. Dia tahu lelaki berusia 20 tahun sekarang tidak akan memandangnya seperti mana zaman kegemilangannya lalu.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: