![]() |
| CARISSA lebih senang memilih lelaki biasa, bukan artis atau orang politik. |
Pelakon jelita, Carissa Putri mengaku dia sekarang sedang menjalin hubungan serius dengan seorang lelaki. Sudah bercinta selama setahun, teman lelaki Carissa bukannya daripada golongan artis tetapi pelakon filem Tarix Jabrix itu tidak mahu mendedahkan lagi identiti kekasihnya.
"Teman lelaki baru saya bukan dari dunia hiburan. Kami baru sahaja menjalin hubungan selama setahun dan saya mahu serius kali ini," katanya yang ditemui pada majlis Marie France Bodyline, Plaza Indonesia, Jakarta.
Tambah Carissa, kekasihnya itu bukan usahawan seperti yang dikatakan orang ramai. Dia hanya seorang lelaki biasa yang disukai Carissa kerana memiliki perwatakan baik. Ini kerana, Carissa berharap dirinya hanya akan berkahwin sekali sahaja.
"Dia bukannya usahawan atau ahli politik. Kami berkenalan menerusi kawan saya. Sekarang kami masih lagi dalam proses berkenalan dan bercinta dulu kerana saya hanya mahu berkahwin sekali sahaja dalam hidup. Dia seorang lelaki yang baik tetapi kami bukan cinta pandang pertama," terangnya.
Lelaki yang dimaksud Carissa juga seorang yang menyokong kariernya sebagai artis. "Apa yang utama, dia menyokong kerjaya saya. Saya amat menghargai aspek itu."

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: