Thursday, December 24, 2009

Budak lesu ditinggal amah - Ditemui bersendirian dalam rumah selepas pembantu rumah hilang ikut kekasih


NOR SHARMILAR yang ditinggalkan pembantu rumah berseorangan di rumahnya di Taman Rasau Perdana, Kuantan, Isnin lalu. Gambar kecil; Sofian.


KUANTAN - Seorang kanak-kanak perempuan yang baru berusia setahun 10 bulan ditemui lesu oleh ibu bapanya selepas kanak-kanak itu dipercayai ditinggalkan lebih sembilan jam terkurung di dalam rumahnya di Taman Rasau Perdana di sini Isnin lalu.


SERI

Mangsa, Nor Sharmilar ditinggalkan seorang diri dengan berbekalkan sebotol susu gara-gara pembantu rumahnya melarikan diri dipercayai mengikut kekasihnya.


Kanak-kanak itu ditinggalkan di atas katil di dalam rumah tersebut sepanjang ibu bapanya, Sofian Abd. Rahman, 32, dan Norhaslina Mohd. Jamil, 32, keluar berniaga seawal pukul 8.30 pagi pada hari berkenaan.

Sofian berkata, dia hanya mengetahui anaknya ditinggalkan berseorangan selepas sampai ke rumah bersama isterinya pada pukul 6 petang.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: