Sunday, December 13, 2009

Bomohkan suami sendiri

MENGUCAP panjang Diva dengar cerita seorang artis cantik ini. Mana tidaknya, sumber yang datang kepada Diva beritahu, artis cantik ini membomohkan suaminya agar mengahwininya! Aduh, nak kahwin pun kena bomoh-bomoh juga ke?

Kisahnya, kata sumber Diva, sebelum mereka berkahwin, artis cantik muda ini terlebih dulu membomohkan suaminya itu supaya jatuh cinta dengannya. Selepas jatuh cinta, dia pastikan suaminya mengajak dia berkahwin sebab suaminya itu kaya raya. Pendek kata, harta suaminya itu makan tujuh keturunan pun belum tentu habis.

Tambah sumber ini lagi, cara artis cantik ini membomohkan suaminya memang menjijikkan.

"Dengarnya dia ada gunakan darah haid sebagai ramuan sihirnya," jelas sumber Diva sambil matanya memerhati orang lain sebab takut dirinya tertangkap sebagai sumber Diva.

Bagaimanapun kini, khabarnya suami artis cantik tersebut sudah dapat menghidu perbuatan keji isterinya itu yang membuatkan rumah tangga mereka kini berada di hujung tanduk.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: