Wednesday, December 23, 2009

Blake-Amy bertunang lagi


SUKAR melupakan cinta mereka, Blake dan Amy mengambil keputusan untuk berkahwin semula.

PERHUBUNGAN yang putus tidak bermakna ia tidak boleh disambung kembali. Begitu juga cinta Amy Winehouse dan Blake Fielder-Civil yang bercerai pada Ogos lalu kini sudah bersatu semula.

Blake membuat pengakuan bahawa dia sudah kembali ke pangkuan Amy kerana cintanya terhadap penyanyi itu. Mereka telah mengikat tali pertunangan buat kali kedua pada November lalu.

"Kami sudahpun bertunang dan akan berbincang untuk berkahwin semula. Saya yakin kami boleh membina hidup baru.

"Setelah melalui pelbagai cabaran, kami percaya yang kami terlalu mencintai antara satu sama lain dan perasaan itu tidak pernah mati.

"Dahulu kami pernah cuba membawa haluan masing-masing tetapi ia amat berbeza dan perit. Orang luar tidak akan faham situasi kami.

"Bagi saya, Amy adalah cinta saya. Kini kami menjadi lebih bertanggungjawab dan kami sudah menjauhi dadah," kata Fielder kepada majalah People.

Tambahnya, Amy berbangga dengan dirinya kerana berjaya menjauhkan diri daripada dadah dan Amy juga mahu berubah seperti bakal suaminya itu.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: