Tuesday, December 22, 2009

Beli-belah maya

Menerusi laman web www.mudah.my anda boleh mendapatkan keperluan baru ataupun yang terpakai.


SATU perhentian untuk semua pencarian di www.mudah.my.


PEMBELIAN dalam talian sudah menjadi trend masa kini. Orang ramai semakin gemar mengaplikasikan teknologi Internet dalam kehidupan mereka. Dengan hanya menggunakan komputer, segala urusan harian semakin mudah.

Tidak lagi perlu meredah jalan raya, bersesak di pusat beli-belah, beratur di kaunter-kaunter pembayaran atau berurusan dengan orang tengah. Hanya perlu melayari pelbagai laman web atau blog yang menyediakan pelbagai kemudahan jualan dan perkhidmatan.

Bagi mereka yang ingin mencari barang keperluan daripada alat tulis sehinggalah hartanah mewah, www.mudah.my antara pilihan yang boleh dicuba.

Laman web itu menyediakan kemudahan kepada mereka yang ingin mencari pelbagai barang keperluan sama ada baru atau terpakai. Bukan itu sahaja, ia juga memberi peluang kepada orang ramai mengiklankan apa sahaja yang ingin mereka tawarkan kepada bakal pelanggan.

Pembeli boleh menghubungi penjual secara terus menerusi nombor telefon yang dipaparkan. Mereka boleh berbincang mengenai harga barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan.


PERKHIDMATAN pelbagai barangan dapat di cari di www.mudah.my dan pembeli boleh membuat perundingan harga secara terus dengan penjual.


Antara yang boleh didapati dalam laman web itu ialah alat ganti kenderaan, kereta, barangan bayi, barangan elektrik, hartanah, haiwan peliharaan, pakaian dan banyak lagi.

Tiada bayaran dikenakan kepada mereka yang mengiklankan barangan di laman web itu. Orang ramai juga boleh membuat carian mengikut negeri. Kemudian fokuskan carian anda di ruang yang disediakan. Paparan barang atau perkhidmatan yang dicari adalah mengikut tarikh terkini ia dimasukkan.

Memang mudah di www.mudah.my. Dengan hanya mengunjungi satu laman web, anda dapat mencari apa sahaja barangan yang diingini, selain boleh tawar menawar harga dengan penjualnya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: