Tuesday, December 15, 2009

Bekas pengurus projek didakwa


JENN DONG yang didakwa atas tuduhan menipu diiringi anggota polis keluar dari Mahkamah Sesyen di Klang.


KLANG - Seorang bekas pengurus projek Kuala Dimensi Sdn. Bhd. (KDSB) semalam dihadapkan ke mahkamah atas 24 tuduhan menipu membabitkan RM116.85 juta menjadi orang keempat yang didakwa dalam skandal projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Law Jenn Dong, 51, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini semalam kerana menipu dan dibenarkan diikat jamin RM250,000 dengan seorang penjamin.

Kesnya akan disebut semula pada 4 Februari depan.

Jenn Dong didakwa menipu Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) bagi mendapatkan pengesahan pembayaran sebanyak RM116.85 juta kepada KDSB membabitkan dua projek besar di PKFZ.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di LPK, Jalan Pelabuhan Utara, Pelabuhan Klang antara 30 Jun 2006 dan 30 Mei 2008.

Pertuduhan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun dan sebatan serta denda jika bersabit kesalahan.

Jenn Dong adalah pegawai kedua dari KDSB yang merupakan kontraktor projek PKFZ itu yang diheret ke mahkamah berhubung projek tersebut.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: