
jari-jari bioniknya di rumahnya di New York.

NEW YORK - Seorang bapa berusia 47 tahun, Eric Jones, berbangga kerana dia ialah antara segelintir manusia yang memiliki jari bionik, lapor sebuah akhbar semalam.
Jari-jari bionik yang dipasang pada tangan kanan bapa dua anak itu dipadankan dengan sarung tangan silikon dan perlu dicas setiap malam seperti sebuah telefon bimbit.
Setelah dipasang dengan tangan bionik berharga AS$75,000 (RM255,525) itu, dia kini boleh memegang dan menggenggam malah lelaki itu boleh bermain blok Lego bersama dua anaknya.
"Tangan bionik ini memberi kelebihan genggaman. Ia menakjubkan kerana tangan saya boleh berfungsi seperti manusia normal. Saya boleh menggunakan mesin ATM, menaip atau menggaru kepala," ujarnya.
Jones sebelum ini menghidap penyakit kanser dan doktor-doktor terpaksa memotong semua jari tangan kanannya dan sebahagian kakinya pada 2007 untuk menyelamatkan nyawanya. Dia turut kehilangan fungsi tangan kirinya akibat penyakit tersebut.
Terdesak untuk memiliki kualiti hidup lebih baik, Jones yang bekerja sebagai perunding perhubungan awam membuat penyelidikan di Internet dan menemui syarikat pengeluar tangan bionik Britain, Touch Bionics.
Pada Disember tahun lalu, Jones merupakan antara 40 orang di dunia yang terpilih untuk menguji generasi pertama jari bionik itu sebelum ditukar dengan model terbaru Ogos lalu.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: