![]() |
| Adibah Nor |
BAYANGKAN Aznil Nawawi, Adibah Nor dan Amy Mastura berkongsi satu pentas. Melihatkan gelagat mereka sahaja sudah membuatkan kita ketawa.
Inikan pula bersama di satu pentas. Joyah pasti akan gamat segamat gamatnyalah pentas itu.
Dan kalaulah idea untuk menggabungkan mereka menjadi, Joyah pasti akan gamatlah sekali lagi pementasan teater muzikal Gamat.
Ya, Gamat yang pernah dipersembahkan di Istana Budaya pada Oktober lepas. Khabarnya akan dipentaskan lagi tahun depan.
Pasti ia satu berita gembira buat ibu bapa dan anak-anak yang terlepas peluang menyaksikan pementasannya yang lepas.
Tapi lokasinya berpindah ke Matic, Jalan Ampang. Joyah difahamkan muzikal Gamat akan dipentaskan dari 12 Mac hingga 23 Mac tahun depan.
Joyah dengar khabar ramai yang dah tempah tiket. Dengar cerita daripada 15 pementasan, 12 daripadanya sudah habis dijual. Khabarnya banyak korporat yang berminat dengan Gamat.
Joyah dengar penerbit pementasan Gamat sedang berura-ura mahu menawarkan watak kepada Aznil dan Adibah.
Joyah diberitahu Aznil mahu ditawarkan watak ketua buntal manakala Adibah pula jadi pari. Amy Mastura terus membawakan wataknya sebagai ibu gamat.
Kalau menjadilah kolaborasi ini tak dapat Joyah bayangkan betapa kecohnya nanti pentas muzikal Gamat itu.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: