
Tidak menyangkal dakwaan itu, Chunk menjelaskan, dia hanya menjalankan tanggungjawabnya demi mendapatkan hasil yang terbaik dalam karyanya.
“Saya tahu, ramai yang kata saya cerewet dan panas baran, tapi saya buat semua itu atas tanggungjawab saya sebagai pengarah. Setiap kali diberi tanggungjawab untuk mengarah sesuatu drama atau filem, saya akan buat dengan bersungguh-sungguh dan saya tak mahu kecewakan produser yang keluarkan duit.
“Saya tak kisah orang nak kata apa pun tentang saya, asalkan hasil kerja yang saya buat tu bagus dan sempurna. Bila hasilnya bagus, orang akan kenal dan kenang kerja kita tu sampai bila-bila pun,” katanya yang ditemui ketika majlis pelancaran telemovie Cantik terbitan Bright Network di Studio Finas, Ulu Kelang.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: