Tuesday, December 15, 2009

ASB bayar pulangan 8.55 sen


PETUGAS PNB, Marina Ramli memegang kad pengagihan pendapatan ASB di Kuala Lumpur.


KUALA LUMPUR - Permodalan Nasional Bhd. (PNB) semalam mengumumkan pengagihan pendapatan Amanah Saham Bumiputera (ASB) sebanyak 7.3 sen seunit dan bonus 1.25 sen seunit bagi tahun kewangan semasa berakhir 31 Disember.

Pengumuman itu menjadikan pulangan keseluruhan menjadi 8.55 sen seunit.

Pengerusi PNB, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata, berdasarkan prestasi ASB yang lebih baik tahun ini, ahli Lembaga Pengarah Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) bersetuju memperuntukkan pembayaran pengagihan pendapatan sebanyak RM4.95 bilion.

"Pengagihan kali ini merupakan peningkatan sebanyak 19.56 peratus berbanding RM4.14 bilion yang dibayar pada 2008.

"Jumlah ini dijangka akan dinikmati seramai 6.78 juta pemegang unit yang telah melanggan lebih daripada 70 bilion unit ASB," katanya pada sidang akhbar pengumuman pengagihan ASB di sini.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: