
KUALA LUMPUR - Sebut sahaja pajak gadai, ramai pihak akan membayangkan hanya individu yang mengalami masalah kewangan akan menggunakan perkhidmatan tersebut.
Namun Bank Rakyat bercadang untuk menghapuskan stigma negatif itu dengan mempromosikan konsep pajak gadai Islam yang dikenali sebagai Ar-Rahnu menerusi anak syarikat milik penuhnya, Rakyat Management Services Sdn. Bhd.
Ar-Rahnu diperkenalkan sebagai alternatif dan sumber mudah mendapatkan kredit melalui cagaran emas sebagai pertukaran dengan tunai.
Ia menjaminkan pengguna bebas daripada perhatian awam berbanding kedai pajak gadai biasa yang melakukan perniagaan secara terbuka.
"Sistem ini (Ar-Rahnu) menyediakan ketelusan, sulit/rahsia dan keselamatan," kata Pengurus Besar Rakyat Management Services, Mohamad Sabri Nor di sini baru-baru ini.
"Ia juga boleh menghalang para peminjam daripada ah long (peminjam wang haram) atau broker pajak gadai yang tidak berlesen," katanya.
Ar-Rahnu ialah perniagaan pajak gadai berasaskan Islam yang menawarkan pinjaman tanpa faedah tetapi yuran minimum dikenakan bagi penyimpanan barangan berharga dengan nilai gadai janji yang tinggi dan tempoh gadaian yang fleksibel.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: