Sunday, December 13, 2009

Amber percaya karma




PROGRAM realiti TV Malaysia's Supermodel Search Presents Ford Supermodel of the Year merupakan salah satu pencapaian dan bukti kesungguhan anak muda Malaysia bernama Amber Chia.

Walau dalam perih dan masih berbekas luka ekoran kes dirinya yang dikatakan dikhianati rakan sendiri, model bertaraf antarabangsa ini tekad dengan impiannya meneruskan program tersebut yang kini sedang berada dalam proses mengedit. Percayakan karma dalam kehidupan, Amber yakin segala cabaran yang datang dalam hidupnya pasti berserta dengan hikmah.

Menyimpan cita-cita untuk bergelar usahawan wanita pula selepas ini, menurut Amber, dia kini cukup fokus dengan program pencarian model tersebut dan akan berada di Brazil selama beberapa bulan untuk pertandingan akhir pencarian model itu di sana pada 16 Januari depan.

"Saya menangis kerana gembira dan sedih dalam masa yang sama untuk program realiti ini. Saya menangis gembira kerana akhirnya saya dapat merealisasikan impian dan menjayakan program ini hingga ke tahap sekarang. Saya yakin Malaysia memang boleh!" ujarnya sewaktu ditemui di pelancaran Celebrity Fitness Express di Wangsa Walk, Wangsa Maju, Kuala Lumpur yang mana Amber sudah empat tahun menjadi duta untuk pusat kecergasan tersebut.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: