Tuesday, December 22, 2009

100 pangkalan haram dikesan - PGA sukar bendung penyeludupan kerana lokasi pangkalan sering berubah-ubah


PANGKALAN haram yang menjadi tumpuan penyeludupan di kawasan sempadan sering berubah-ubah menyebabkan sukar membanteras kegiatan itu.


KUANTAN - Wujud lebih 100 pangkalan haram dikesan di beberapa kawasan sempadan di negara ini yang digunakan untuk tujuan penyeludupan, kata Komander Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA), Datuk Abd. Rahim Jaafar.

Menurutnya, lokasi pangkalan-pangkalan haram itu bagaimanapun kerap berubah-ubah bagi mengelak dihidu pihak berkuasa.

"Disebabkan itu, kami kerap mengambil pendekatan berbeza mengikut keperluan dalam menjejak dan mengambil tindakan terhadap kegiatan penyeludupan di transit-transit haram berkenaan.

"Pada setiap bulan juga, kita akan mengkaji semula pendekatan yang digunakan untuk memperkuat unit-unit sedia ada seperti risikan dan operasi," jelasnya selepas Majlis Penyerahan Siap Kerja Projek Reka Bentuk, Membina dan Menyiapkan Ibu Pejabat dan Perumahan PGA Briged Tenggara di Kem Bukit Galing di sini semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: