Tuesday, November 3, 2009

Pelajar maut diserang tebuan


SAPIEE dan isterinya, Siti Fatimah tidak dapat menahan sedih sambil memegang gambar Sazali yang mati disengat tebuan tanah di Kampung Bako, Kuching, Sarawak kelmarin.


KUCHING - Seorang pelajar tahun enam meninggal dunia akibat disengat tebuan tanah ketika bermain di sebuah kawasan takungan air berhampiran Kampung Bako dekat sini kelmarin.

Sazali Sapiee, 12, dari Sekolah Kebangsaan Kampung Bako meninggal dunia pada pukul 9.10 malam setelah dia dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak.

Kejadian berlaku pada pukul 2 petang ketika Sazali dan beberapa rakannya berusia sembilan hingga 12 tahun bermain di kawasan takungan air itu.

"Walaupun disengat di muka dan badan, Sazali terus bermain dengan rakan-rakannya sebelum pengsan dan dihantar pulang oleh seorang penduduk kampung menggunakan kereta sorong," cerita bapanya, Sapiee Morshidi, 42, ketika ditemui semalam.

Katanya, dia yang baru pulang daripada menangkap ikan kemudian meminta bantuan saudaranya di Kuching untuk membawa Sazali ke hospital.

Ketika kejadian, ibu Sazali, Siti Fatimah Salleh, 30, yang baru melahirkan bayi lelaki berusia tiga bulan sedang mendapatkan rawatan selepas bersalin di Asajaya, Kota Samarahan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: