Tuesday, November 3, 2009

Krew dedah kata akhir Michael


AKSI Michael Jackson ketika membuat latihan penuh akhir dalam filem This Is It .


LOS ANGELES - Kata-kata akhir Michael Jackson sebelum kematian tragisnya pada Jun lepas didedahkan beberapa krew penyanyi berkenaan dalam filem This Is It, lapor sebuah akhbar semalam.

"Kami berjaya menamatkan sesi latihan seperti yang sepatutnya dipersembahkan menerusi siri konsert di Arena O2, London," kata pengarah filem itu, Kenny Ortega.

"Michael berdiri di depan sebuah pentas di sini, Amerika Syarikat pada malam itu (malam sebelum dia meninggal dunia) lalu berkata, Inilah impian saya. Kita berjaya Kenny. Kita melakukannya dengan baik," tambahnya.

"Kami berasa seperti berada dalam pesawat menuju ke London. Michael kemudian menambah, anda dapat merasai kegemilangan kita di London, anda dapat menghidunya," jelas Ortega.

Konsert Michael di O2 merupakan acara gilang- gemilang lengkap dengan pencahayaan menakjubkan, pertunjukan piroteknik dan pancaran imej tiga dimensi (3D).

Penyanyi bergelar Raja Pop itu turut mengundang barisan penyanyi popular seperti Mick Jagger, Bono dan Lady Gaga bagi memeriahkan lagi siri konsert tersebut.

Seorang bekas penari latar Michael, Devin Jamieson memberitahu, Raja Pop benar-benar bersemangat untuk melakukan persembahan di sebalik masalah kesihatan yang dihadapinya.

"Dia tidak boleh duduk diam. Dia terus bergerak dan mencuba beberapa gerak tari baru," katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: