Tuesday, November 3, 2009

Kempen tawar hadiah lumayan


ABDUL RAHEEM (dua dari kiri), Wong Siew Khei dan Mohd. Nasri pada majlis pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya KGMMB-C.A.M di Kuala Lumpur baru-baru ini.


KUALA LUMPUR - Bersempena Kempen Keselamatan Jalan Raya KGMMB-C.A.M yang dianjurkan oleh City Auto Master Parts Sdn. Bhd. (City Auto Master), syarikat penyedia perkhidmatan penyelenggaraan dan membaiki kenderaan utama di negara baru-baru ini, telah menawarkan empat pilihan pakej perkhidmatan ganjaran kepada para pelanggannya.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan di sini, empat pakej yang ditawarkan sempena kempen berkenaan ialah Platinum yang ditawarkan pada harga RM425, Gold (RM295), Silver (RM255) dan Premium (RM225).

Pengguna yang membeli pakej berkenaan akan menerima barangan seperti produk pelincir, aksesori kereta dan baucar, perkhidmatan insurans, baucar perbelanjaan penerbangan, perabot, baucar penjagaan kulit, baucar pendidikan, baucar peralatan rumah dan baucar hotel.

"Sekiranya pelanggan membeli keempat-empat pakej itu semuanya, mereka akan menerima hadiah yang dijamin daripada penganjur kempen tersebut seperti periuk nasi, periuk induksi dan iPhone.

"Mereka juga berpeluang memenangi sebuah kereta Mercedes Benz melalui cabutan bertuah yang akan diadakan pada bulan Oktober 2010,'' katanya.

Pakej itu akan mula ditawarkan pada 11 November ini di Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Melaka.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: