
KUALA LUMPUR - Felda akan membayar bonus insentif produktiviti berjumlah RM89.5 juta kepada 86,027 peneroka di seluruh negara yang setia bersama agensi itu, demikian diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak malam tadi.
Beliau berkata, bonus itu adalah sebagai menghargai sumbangan peneroka terhadap kemajuan industri sawit dan getah negara serta insentif menghantar hasil melalui Felda.
"Kadar bayaran bonus yang dibayar pada tahun ini ialah minimum RM400 dan maksimum RM1,200 bergantung kepada penghantaran hasil dari Januari hingga Oktober 2009.
"Pembayaran bonus insentif ini melibatkan seramai 86,027 atau 76.4 peratus daripada 112,635 peneroka Felda di seluruh negara," katanya semasa berucap pada Majlis Malam Semai Bakti 2009 di Dewan Perdana Felda, Jalan Semarak di sini.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: