
PETALING JAYA - Kerajaan akan membentangkan kertas kerja berhubung isu pembukaan pasar raya besar milik syarikat asing di bandar-bandar kecil dan luar bandar untuk dipertimbangkan di Kabinet.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pihaknya telah menyediakan kertas kerja mengenainya dengan mengambil kira pandangan pelbagai pihak termasuk suara peniaga pasar raya tempatan.
"Kita perlu seimbang kerana itu ia (cadangan) mengambil masa yang lama. Perbincangan dengan pasar raya besar dan pasar raya tempatan masih diteruskan.
"Kini, pengguna di bandar-bandar kecil terpaksa membeli barangan dengan harga yang mahal tidak seperti pengguna di bandar-bandar besar kerana pasar raya besar tidak dibuka di kawasan mereka," ujarnya selepas melancarkan Pakej Penjimatan Setiap Hari di Tesco Mutiara Damansara di sini semalam.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: