![]() |
| MONIKANGANA DUTTA |
FILEM Kites bukan satu-satunya filem Hrithik Roshan yang menyaksikan pelakon kesayangan ramai itu melakonkan adegan panas.
Hrithik dilaporkan bakal melakonkan adegan panas penuh romantik dalam filem terbaru arahan Sanjay Leela Bhansali yang berjudul Guzaarish.
Adegan panas itu akan dilakukan bersama model jelita yang baru bergelar pelakon, Monikangana Dutta. Monikangana akan melakonkan watak bekas kekasih kepada Hrithik.
Walaupun Hrithik digandingkan bersama pelakon kelas satu, Aishwarya Rai dalam filem itu tetapi tiada langsung adegan panas dan babak romantik akan berlaku antara mereka.
Watak Monikangana hanyalah watak sampingan tetapi wataknya memainkan peranan yang cukup besar dalam filem itu.
"Saya tidak kisah berlakon dengan orang baru asalkan mereka boleh berlakon, bukan sekadar menampilkan wajah yang jelita sahaja.
"Seperti filem Guzaarish, pengarah sudah memberitahu apa yang akan berlaku ketika sesi penggambaran dan saya tidak ada masalah untuk melakonkan adegan panas yang dimaksudkan," ujarnya.
Pengarah Sanjay mahukan Monikangana kerana dia mempunyai keserasian bersama Hrithik. Jika tidak amat sukar untuk melakukan adegan panas itu.
Sungguhpun penggambaran belum bermula, Sanjay sudah pun memberitahu mereka tentang adegan itu memandangkan Monikangana merupakan orang baru dalam industri filem.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: