
KUALA LUMPUR - Seorang wanita mualaf yang dapat menyelamatkan diri daripada mati hangus di sebuah rumah di tingkat 14, tidak sedarkan diri akibat terjatuh dari tingkat 12 di Kondominium Mentari Bandar Seri Permaisuri di sini semalam.
Semasa kejadian pada pukul 11.30 pagi, Karmila Lee Abdullah, 30-an, tinggal bersendirian di sebuah rumah di tingkat 14 sebelum terperangkap dalam kebakaran di rumahnya.
Dia kemudian cuba menyelamatkan diri dengan berlari ke balkoni dan turun ke rumah jiran dari balkoni tersebut.
Selepas berjaya turun ke balkoni penghuni di tingkat 13 dan 12 dengan memijak tingkap tandas setiap rumah itu, nasib tidak menyebelahi Karmila apabila dia terjatuh semasa dia mahu terus turun ke tingkat 11.
Karmila terhempas di atas wakaf kayu di tingkat tiga.
Ekoran kejadian itu, kaki kanan mangsa cedera teruk hingga terpusing 180 darjah dan masih tidak masih sedarkan diri di Unit Rawatan Rapi (ICU) Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM).
Seorang saksi yang hanya mahu dikenali sebagai Ahmad, 27, berkata, sebelum itu dia melihat mangsa bergayut pada palang besi balkoni di rumahnya di tingkat 12, dia dan adiknya sedang berehat sebelum terdengar jeritan jiran-jiran.
Rahsia Cantik Menawan Dalam 3 Minit said...
ReplyDeleteRAHSIA MENJADI CANTIK DAN MENAWAN DALAM 3 MINIT. ANDA INGIN TAHU APAKAH RAHSIANYA ? LAYARI BLOG INI ATAU KLIK TULISAN BERWARNA BIRU DI ATAS:-
http://cantikmenawan3minit.blogspot.com/