Saturday, October 10, 2009

Wanita bersalin dalam kereta - Jururawat klinik swasta enggan bantu kononnya kelahiran tidak ikut prosedur


NORHAYATI melakonkan
semula bagaimana dia
melahirkan anak di dalam kereta yang disambut
suaminya di Kuala
Terengganu kelmarin.


KUALA TERENGGANU - Gara-gara permintaan untuk bersalin di sebuah klinik ditolak jururawat kerana tidak mengikut prosedur, seorang wanita, Norhayati Hambadley, 29, terpaksa melahirkan anaknya di dalam kawasan letak kereta klinik swasta tersebut di sini kelmarin.

Dalam keadaan yang mencemaskan itu, suaminya, Amrun Mamat, 58, terpaksa menjadi bidan untuk menyambut anak perempuan mereka sambil disaksikan jururawat klinik itu yang tidak memberi sebarang bantuan.

Menurut Norhayati, ketika kejadian kira-kira pukul 12.50 tengah hari itu, dia dan suami serta tiga anaknya yang masih kecil datang ke klinik tersebut kerana saat kelahiran dirasakan terlalu hampir.


NORHAYATI menunjukkan anak bongsunya yang dilahirkan di dalam kereta kelmarin.


Namun jururawat klinik berkenaan menegaskan doktor bertugas tiada ketika itu dan mereka harus mengikut prosedur yang ditetapkan dan tidak boleh menerima pesakit sepertinya.

Lebih teruk lagi, jururawat itu juga tergamak membiarkan pasangan itu bersama tiga lagi anak mereka berusia antara tujuh hingga dua tahun terkial-kial menyambut kelahiran bayi seberat 3.1 kilogram itu kerana kepala bayi itu sudah terkeluar dari rahim Norhayati.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: