Tuesday, October 6, 2009

Vaksin H1N1 diedar minggu ini

KUALA LUMPUR - Syarikat farmaseutikal, GlaxoSmithKline (GSK) sudah bersedia menghantar dan mengedarkan dos vaksin selesema babi (H1N1) minggu ini kepada negara-negara yang membuat tempahan termasuk Malaysia.

Bagaimanapun, Pengarah Perubatannya, Dr. Pim Kon enggan mendedahkan tarikh sebenar dos vaksin berkenaan dihantar ke negara ini sambil menjelaskan ia terpulang kepada kerajaan untuk mengumumkannya.

"Saya amat gembira untuk menyatakan bahawa kami bersedia menghantar dos vaksin pada minggu ini dan kerajaan boleh memulakan program pemvaksinan," katanya dalam satu telepersidangan dari United Kingdom semalam.

Persidangan media mengenai selesema pandemik global di sebuah hotel di sini dianjurkan oleh cawangan syarikat farmaseutikal itu di Malaysia.

Katanya, syarikat itu menghasilkan hampir 291 juta dos vaksin H1N1 untuk diedarkan ke seluruh dunia termasuk 50 juta dos yang didermakan kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: