![]() |
| JAAFAR |
KUALA TERENGGANU - UDA Holdings Berhad (UDA Holdings) telah mengemukakan permohonan kepada kerajaan untuk membina dua terminal bas utama di Lembah Klang bagi laluan Pantai Timur di Gombak dan laluan Utara di Jalan Ipoh.
Pengarah Urusannya Datuk Jaafar Abu Hassan berkata, pihaknya telah membuat permohonan bertulis menyatakan hasrat untuk membina kedua-dua kompleks berkenaan yang dianggarkan menelan belanja antara RM50 juta dan RM60 juta itu.
"Jadi secara bertulisnya UDA Holdings telah memohon dengan menyatakan hasrat di mana surat mengenainya telah dihantar pada September lepas," katanya kepada pemberita pada majlis rumah terbuka hari raya UDA Land (Timur) di sini semalam.
Jaafar menjelaskan, syarikat itu berhasrat untuk terlibat dalam peringkat awal bagi memudahkan perancangan infrastruktur dibuat termasuk penyediaan ruang niaga dan kemudahan lain yang diperlukan.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: