
![]() |
| DAYANG menghiburkan tetamu yang hadir. |
![]() |
| ANITA SARAWAK membuat persembahan dengan Jay Jay dan Amy. |
![]() |
| DIANA DANIELLE pertama kali hadir rumah terbuka Utusan. |
![]() |
| NOH dan Dimas anggota kumpulan Hujan. |
![]() |
| MAYA KARIN jelita dengan dres rona hijau. |
MERIAH. Itulah yang dapat digambarkan pada majlis sambutan Hari Raya Korporat Kumpulan Utusan yang berlangsung di Hotel Crowne Plaza, Kuala Lumpur Jumaat lalu.
Majlis tradisi yang diadakan bagi meraikan pelanggan-pelanggan Utusan yang terdiri daripada syarikat korporat turut dihangatkan dengan kehadiran artis terkenal tanah air.
Antara artis yang hadir dan membuat persembahan dengan lagu popular masing-masing adalah, Anita Sarawak, Nubhan, Stacy, Alif Satar, Amy Search, Jay Jay, Nita, Dayang Nurfaizah dan Hujan.
Pelakon yang tidak ketinggalan muncul pada majlis itu termasuklah Maya Karin dan Diana Danielle.
Bagi Diana yang pertama kali menghadiri majlis rumah terbuka Utusan itu, dia menganggap ia satu penghargaan selain dapat bertemu dengan pekerja belakang tabir kumpulan Utusan.
"Walaupun saya tidak menyanyi hari ini tetapi saya gembira kerana dapat mengenali dengan lebih dekat lagi tenaga kerja Utusan dan juga wakil syarikat korporat," kata Diana.
Penyanyi rock terkenal Amy Search yang tetap membuat persembahan walaupun kurang sihat berharap majlis seperti itu dapat diteruskan pada tahun-tahun akan datang.
"Saya kurang sihat hari ini tetapi kerana dijemput saya tetap hadir dan membuat persembahan. Majlis seperti ini bagus untuk kita mengeratkan lagi silaturahim yang telah lama terjalin," ujarnya.
Selain itu, Pengerusi Eksekutif Kumpulan Utusan, Tan Sri Mohamed Hashim Ahmad Makaruddin; Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Aziz Ishak; ahli lembaga pengarah Utusan, Tan Sri Datuk Husein Ahmad, Datuk Ismail Yusof dan Senator Datuk Firdaus Abdullah turut hadir memeriahkan majlis.





No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: