Monday, October 12, 2009

Tesco tawar 400 peluang kerja




GEORGE TOWN - Tesco Stores (M) Sdn. Bhd. (Tesco) menawarkan lebih 400 peluang pekerjaan kepada penduduk Sungai Petani, Kedah melalui premis terbaru yang dibuka semalam.

Tawaran itu terbuka bagi mereka yang memiliki kelayakan dalam bidang pentadbiran dan juga bidang lain untuk menyertai kira-kira 11,000 kakitangan pasar raya besar di semua cawangannya di seluruh negara.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Tesco, Chris Bush (gambar), sebanyak 5,000 peluang pekerjaan ditawarkan pada tahun lalu manakala 700 kakitangan sedia ada dalam syarikat itu pula telah dinaikkan pangkat dengan diberi tanggungjawab yang lebih besar.

"Pada saat negara mula keluar daripada kegawatan ekonomi, maka inilah masanya untuk kami terus melabur di Malaysia dan membuka peluang kerjaya, menawarkan harga produk lebih murah dan banyak pilihan produk serta perkhidmatan kepada pelanggan di seluruh negara," katanya dalam satu kenyataan sempena pembukaan terbaru cawangan Tesco di Sungai Petani.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: