Friday, October 2, 2009

Teater: Amy ajar anak berdisiplin

Amy Mastura membawa anak keduanya Adalia ke pentas teater Muzikal Gamat yang akan dipentaskan di Istana Budaya, Kuala Lumpur pada 3 hingga 8 Oktober serta 11 dan 12 Oktober depan. Nampaknya Amy menggalakkan anaknya mengikut jejak dalam bidang seni.

Kata Amy dia mahu anaknya menjadi seorang yang lebih berdisiplin apabila perlu mengikut arahan semasa menjalani laihan dan mengadakan persembahan nanti.

"Apabila Adalia menjalani latihan dia akan jadi lebih berdisiplin dan tahu masa untuk bermain dan masa untuk tumpukan kepada apa yang dia buat. Dia tidak boleh main-main apabila buat kerja.

"Nak kata ini langkah pertamanya pun... bolehlah juga," kata Amy kepada Mangga Online.

Amy pernah berlakon dalam teter Siti Di Alam Fantasi beberapa tahun lalu. Nampaknya kemunculan Amy cenderung dengan alam kanak-kanak.

"Saya memang sukakan teater yang berwarna-warni dan berfantasi. Bukannya menolak tawaran genre lain, tapi masa tidak mengizinkan dan kebetulan Muzikal Gamat datang dalam masa yang tepat," jelas Amy.

Amy berlakon sebagai ibu gamat, watak utama dalam teater arahan Zaifri Husin. Ia diterbitkan oleh Siti Rohayah Attan dari CTRA Production. Turut berlakn Zuhairi Ibrahim, Anith Aqilah dan sekumpulan kanak-kanak.

Antara watak yang ditampilkan dalam teater muzikal ini ialah udang kara, kumpulan tapak sulaiman, kumpulan tiram, kumpulan ketam, kumpulan obor-obor, kumpulan buntak, kumpulan sotong dan lain-lain hidupan laut.

Muzikal Gamat mengisahkan ibu gamat yang suka membeli belah. Dia jadi kelam kabut apabila anaknya, Mat hilang. Dia berusaha mencaru anaknya dan berumpa dengan buntal (polis laut). Mereka berjumpa Mahatahu (belut laut) yang memberi petunjuk kepada ibu gamat mencari anaknya.

Dalam perjalanan mereka berjumpa pelbagai penghuni laut seperti kuda laut (jururawat), ikan barakuda yang berani dan umang umang serta landak laut yang nakal.

Berjayakah ibu gamat mencari anaknya? Segalanya akan terjawab dalam pementasan berwarna-warni ini.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: