KUALA TERENGGANU - Seorang lelaki berusia 39 tahun, bukan sahaja tidak mendapat tanah yang hendak dibelinya malah kerugian sebanyak RM15,000 setelah ditipu dua lelaki lain ketika berurusan untuk membeli sebidang tanah di Bachok, Kelantan, Khamis lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Supritendan Azmi Adam berkata, mangsa yang berasal dari Kelantan dan bekerja sebagai operator di sebuah syarikat petroleum di Kerteh, Kemaman menjadi mangsa penipuan menerusi Internet.
"Ketika melayari Internet pada pertengahan bulan lalu, mangsa tertarik dengan satu iklan yang menjual sebidang tanah untuk tapak rumah dengan harga RM20,000.
"Selepas menghubungi nombor telefon yang tertera dalam iklan tersebut, mangsa telah pergi ke Kelantan untuk melihat sendiri tanah yang disebutkan," ceritanya ketika ditemui di pejabatnya semalam.
Menurut Azmi, suspek memberitahu mangsa, tanah itu milik sepupunya yang tinggal di Ipoh, Perak tetapi semua dokumen termasuk hal milik tanah tersebut ada bersama mereka.
Selepas bersetuju untuk membeli tanah itu dengan harga RM15,000, mangsa bertemu dengan salah seorang daripada dua suspek itu di satu lokasi di Kuala Terengganu.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: