

NEW DELHI - Seorang kanak-kanak perempuan India mencipta sejarah apabila menjadi pemegang tali pinggang hitam karate termuda di dunia, lapor sebuah akhbar semalam.
Kanak-kanak perempuan tersebut, Varsha Vinod yang berusia lima tahun memperoleh gred karate ke-10 iaitu pencapaian peringkat paling berprestij dari akademi seni mempertahankan diri Ko-In-Chi pada 9 Mei lalu.
Murid darjah satu sebuah sekolah aliran Inggeris di Palakkad, Kerala, 2,222 kilometer ke selatan New Delhi itu belajar daripada bapanya, Vinod Viswanathan, 37, semasa berumur dua tahun.
Dia berlatih karate selama dua setengah jam sehari dan mula mendapat tali pinggang pertama, kuning selepas enam bulan malah melengkapkan lapan tahap lagi dalam masa tiga tahun.
"Semasa kecil, saya selalu melihat bapa yang juga pengajar karate sepenuh masa ketika berlatih. Saya minta kebenaran untuk menyertai latihan bagi menemani dia," kata Varsha.
Dia yang mendapat inspirasi daripada bapanya kini berbangga memperoleh tali pinggang hitam itu.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: