Saturday, October 10, 2009

Syarikat fesyen tipu gambar model


KEPALA Filippa lebih besar daripada pinggangnya (kanan) berbanding tubuhnya yang sebenar (kiri).


NEW YORK - Syarikat fesyen terkenal dari Amerika Syarikat (AS), Ralph Lauren memohon maaf kerana mengubah gambar model wanita, Filippa Hamilton, 23 dengan menggunakan teknologi komputer supaya dia kelihatan lebih kurus, lapor sebuah akhbar semalam

Imej Filippa yang berdarah kacukan Sweden dan Perancis itu disiarkan sempena pelancaran koleksi Blue Label iaitu fesyen terbaru Ralp Lauren.

Kepala model tersebut didapati lebih besar berbanding pinggangnya dalam imej yang dibuat untuk tujuan pengiklanan itu.

Dalam satu kenyataan, syarikat Ralph Lauren mengaku gambar itu diubah dengan menggunakan komputer.

"Selama 42 tahun, kami (Ralph Lauren) membina satu jenama berteraskan kualiti dan integriti.

"Kami akan memastikan pada masa depan, kerja seni yang dihasilkan itu benar-benar bersesuaian dengan jenama kami," kata kenyataan itu.

Penipuan itu mencetuskan kemarahan orang ramai selepas sebuah laman blog, Boing Boing menyiarkan imej tersebut pada bulan lalu.

Kontroversi itu menyebabkan jenama Ralph Lauren mengancam mahu menyaman laman web berkenaan kerana menyiarkan imej tersebut.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: