Saturday, October 17, 2009

Spears undang kontroversi




LOS ANGELES - Bintang pop, Britney Spears sekali lagi mengundang kontroversi apabila lirik lagu terbarunya, 3, dikaitkan dengan hubungan seks berbilang pasangan, lapor sebuah akhbar semalam.

Lagu 3 telah menduduki tangga teratas carta-carta Amerika Syarikat (AS) dan merupakan antara lagu dari album terbarunya, The Singles Collection yang akan dipasarkan bulan depan.

Tidak cukup dengan kontroversi tersebut, Spears menghangatkan lagi keadaan apabila dia berpakaian jarang ketika menjalani penggambaran video muzik lagunya itu di sini pada minggu lalu.

Setelah mengalami tekanan mental pada tahun lalu, penyanyi berusia 27 tahun itu semakin pulih apabila melantik bapanya, Jamie Spears sebagai pengurus.

Konsert jelajah bagi albumnya sebelum ini, Circus ditonton berjuta-juta peminat dan dia meraih pendapatan lumayan mencecah AS$74.6 juta (RM251.5 juta) walaupun dikritik kerana didakwa kaku ketika beraksi di pentas.

Lebih 63 juta album penyanyi itu telah dijual di seluruh dunia sejak dia muncul dengan lagu bertajuk Baby One More Time pada 1999.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: