|
Mengagumi idea kreatif Too Phat menerusi lagu Anak Ayam yang dianggap antara hasil seni paling menarik "Memang kami peminat Too Phat tapi tak ada niat pun untuk meniru mereka. Cuma sekarang di Singapura, hip hop dan RnB antara elemen muzik yang sedang hangat dan kami merupakan salah satu pengikutnya. "Oleh itu apabila mendapat peluang untuk mengenali peminat Malaysia dengan lebih dekat, kami cuba ambil risiko dan terokai peluang walaupun tahu muzik indie sedang menguasai remaja di sini," ujar Alyp yang seiras Malique Too Phat. Ditubuhkan sejak 2004, Sleeq dianggotai dua anak muda dari Singapura, Aliff Abdullah (Alyph) dan Ahmad Syarif (Syarif). Minat terhadap muzik berputik sejak berumur 12 tahun lagi apabila mereka akan menghabiskan masa mencipta lagu mereka sendiri. “Kami memang selalu bersama dan bila lagu siap dicipta, kami akan meminta pendapat teman rapat mengenainya. Dan kami telahpun melancarkan album pertama di Singapura berjudul Classiq dengan lagu hits Cun Saja. “Alhamdulillah peminat menerima kehadiran kami dalam industri ini. Kami lihat komen di you tube dan myspace juga banyak yang memberansangkan,” ujar Sleeq yang masih single. Kontrak Bersama Metadome Perjalanan seni mereka tidaklah semudah yang disangka. Walaupun pernah bernaung di bawah KRU Singapore, namun masalah yang timbul menyebabkan mereka terpaksa mengundurkan diri demi merencanakan karier dengan lebih lancar.
Bagaimanapun, nasib mula menyebelahi ketika turut menjayakan Konsert Kris Dayanti di Singapura selepas Pengarah Urusan Metadome, Ferhad Ahmad menonton persembahan tersebut dan berminat untuk mengikat kontrak selama setahun. “Kami setuju kerana Metadome banyak terlibat dengan ringtone dan lebih-lebih lagi di Singapura, ringtone tidak dibenarkan sama sekali. So kami ambil kesempatan ini untuk melebarkan lagi rangkaian muzik yang kami bawa,” ujar Syarif yang banyak dibimbing oleh Imran Ajmain dalam membuat keputusan bersama Metadome Sdn Bhd. Cipta Lagu Sendiri Bukan sahaja berbakat dalam bidang nyanyian, namun kedua-dua anak muda berusia 20 tahun ini amat berbakat dalam penciptaan lagu. Hampir keseluruhan lagu yang terdapat dalam album adalah hasil ciptaan sendiri. “Bukan tidak mahu mengambil komposer lain, namun kami lebih senang menyanyikan lagu ciptaan sendiri. Kami sanggup ambil risiko dan jika gagal sekalipun kami tahu puncanya dan akan meningkatkan lagi kualiti lagu yang dicipta,” ujar mereka ketika ditemui pada Majlis Malam Penghargaan Media Metadome di Suria Cherating Beach Resort. |
Tuesday, October 6, 2009
Sleeq Tiru Too Phat?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Penampilan berdua dan membawakan konsep hip hop mengingatkan kita kepada zaman kegemilangan Too Phat suatu masa dulu. Namun pasangan sepupu dari Singapura ini tidak menafikan Too Phat banyak memberi inspirasi kepada mereka untuk berkarya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: