Sunday, October 18, 2009

Showcase amal KD buat Padang


KRIS DAYANTI


RUNTUHNYA rumah tangga bintang terkenal Kris Dayanti dengan suaminya, Anang Hermansyah pada Ramadan lalu tidak bererti karier wanita ini berhenti.

Sebaliknya tanpa mencampurkan urusan peribadi dengan kerjaya, Kris atau senang juga disapa KD melangkah sendirian dengan lebih yakin.

Buat pertama kalinya, selepas isu penceraiannya mendapat liputan hangat, KD akan bertemu para peminat setianya di Malaysia dalam rangka persembahan amal sempena mengutip derma mangsa gempa bumi di Padang, Indonesia yang dianjurkan oleh Tropic Jaya Entertainment

Bakal beraksi di Borneo Baruk Club, Jalan Kia Peng pada 23 Oktober ini, bermula pukul 8.30 malam, KD akan menyampaikan lapan buah lagu dengan iringan band yang dibawa khas dari Indonesia.

"Sebahagian daripada jualan tiket yang berjumlah RM50 akan disalurkan kepada tabung bencana alam gempa bumi Padang di bawah Kedutaan Besar Republik Indonesia," ujar wakil Tropic Jaya yang turut memaklumkan showcase ini juga kerjasama daripada Kedutaan Besar Republik Indonesia, Garuda Indonesia dan Borneo Baruk Club.

Selain showcase KD juga mempromosikan album terbarunya yang berjudul Aku Wanita Biasa.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: