Monday, October 19, 2009

Sharifah Sofia pilih ahli perniagaan


SHARIFAH SOFIA ceria bersama Syed Ismail selepas majlis akad nikah di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Pelakon Sharifah Sofia Syed Hussein, 24, selamat diijabkabulkan dengan pasangannya, Syed Ismail Syed Al-Ali, 31, di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta di sini semalam.

Pasangan tersebut dinikahkan dengan mas kahwin RM100 oleh bapa pengantin perempuan Syed Hussein Syed Alhadad di hadapan Penolong Pendaftar Nikah masjid tersebut, Mohd. Nazarudi Mohd. Nadzir tepat pada pukul 12.30 tengah hari.

Pada majlis itu, pihak pengantin lelaki menghantar tujuh dulang hantaran berbalas sembilan dulang hantaran antaranya beg tangan dan dompet Coach, sejadah dan telekung, perhiasan mutiara, al-Quran, satu persalinan, coklat dan sirih junjung serta wang hantaran berjumlah RM20,000.

Hantaran daripada pihak perempuan pula telefon bimbit Blackberry dan GPS, kemeja-T, al-Quran, cincin, komputer riba, tali pinggang dan dompet, coklat, jam tangan Marc Ecko dan sirih junjung.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: