Monday, October 5, 2009

Seronok bersesak di Little India


KEKURANGAN tempat letak kereta akibat kewujudan gerai-gerai jualan hingga menyebabkan kesesakan lalu lintas tiap kali musim Deepavali adalah perkara biasa di Jalan Pasar, George Town.


GEORGE TOWN - Biarpun sesak sehingga tidak ada tempat untuk meletak kenderaan, orang ramai yang datang ke Little India di kawasan Lebuh Pasar di sini tetap seronok untuk membeli barangan yang dijual sempena sambutan perayaan Deepavali.

Itulah masalah biasa yang terpaksa dihadapi oleh orang ramai setiap kali tiba musim perayaan yang berpunca daripada kekurangan tempat letak kereta.

Akibatnya, orang ramai datang ke sini terpaksa 'berpusing' beberapa kali untuk mencari tempat letak kereta yang ada di antaranya digunakan pula oleh penunggang motosikal.

"Walupun mereka (peniaga) mendapat kebenaran Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), tetapi ia menyukarkan orang ramai ke sini terutama pada hujung minggu," kata seorang pengunjung, S. Chandrasegar, 28.

Selain Chandrasegar, mereka yang berkunjung ke sini terpaksa menempuh kesesakan jalan dengan penuh kesabaran.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: