Saturday, October 10, 2009

Sepasang kekasih dicekup jual air ketum


MOHAMAD SHAH (kanan) menunjukkan daun ketum yang dirampas pada sidang akhbar di Bukit Mertajam semalam.


BUKIT MERTAJAM - Sepasang kekasih yang menetap di sebuah taman perumahan di sini bukan sahaja memproses daun ketum, malah turut menyediakan perkhidmatan penghantaran air daun itu kepada pelanggan mereka.

Bagaimanapun pasangan yang baru berjinak-jinak dengan aktiviti tersebut dicekup sepasukan polis dalam satu operasi yang diadakan di rumah yang terletak di Seberang Perai Tengah itu kelmarin.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Dr. Mohamad Shah Hussin Shah berkata, dalam serbuan kira-kira pukul 2.30 petang itu, pasangan kekasih berkenaan gagal melarikan diri apabila rumah tersebut dikepung polis.

"Semasa serbuan dilakukan, mereka sedang memasak daun ketum mentah untuk diproses dijadikan cecair sebelum dibungkus.

"Bagaimanapun mereka dipercayai telah membuang cecair daun ketum yang sedang dimasak supaya tidak dikesan polis," katanya pada satu sidang akhbar di sini semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: