Thursday, October 15, 2009

Sembilan pasangan berentap dalam Sehati Berdansa 3

Setelah pasangan Vanidah Imran dan Rashidi Ishak serta Lisdawati dan Fauzi Nawawi dinobatkan sebagai juara Sehati Berdansa musim pertama dan kedua, kini tiba pula masanya bagi sembilan pasangan selebriti yang bakal merebut gelaran juara untuk musim ketiga program realiti tarian yang disiarkan di Astro Ria itu.

Antara selebriti yang akan bersaing di pentas Sehati Berdansa musim baru kali ini ialah Anita Bahrom dan suaminya, Mohamad Ismadi, pelakon Didie Alias dan Nor Isham, pelakon Dira Abu Bakar dan Ash, pelakon komedi Enot dan Zainul Abidin, penyanyi Isma AF dan Zul, bekas pemain hoki Mirnawan Nawawi dan Noorah Mokhsin, penyanyi kumpulan Lips, Oshin dan Mohd Firdaus, pasangan selebriti Sazzy Falak dan Nazril, serta bekas kumpulan Ruffedge, Sein dan Noor Diyana.

Selain itu, sembilan koreografer turut terpilih bagi membentuk dan membimbing kesemua pasangan selebriti bagi menghadapi cabaran mingguan yang akan dipersembahkan pada Malam Sehati Berdansa. Mereka ialah Bayu yang akan membimbing pasangan Sein, Emma (Anita), BB (Didie), Ezrey (Dira), Anuar (Enot), Markyong (Isma), Dayana (Mirnawan), Lilly (Oshin) dan Papa J (Sazzy).

Persembahan setiap pasangan selebriti ini akan diadili 50 peratus oleh juri profesional dan 50 peratus undian penonton.

Episod pengenalan iaitu Kenali Sehati Berdansa akan bersiaran pada 17 dan 18 Oktober ini, disusuli dengan program mingguan Detik Sehati Berdansa bermula 19 Oktober setiap Isnin hingga Khamis.

Musim ini menyaksikan gandingan Fahrin Ahmad dan Scha yang menggantikan tempat Linda Onn, sebagai pengacara untuk Malam Sehati Berdansa manakala Awal Ashaari pula akan mengendalikan Debaran Sehati Berdansa, Di Sebalik Sehati Berdansa, Detik Sehati Berdansa dan Kenali Sehati Berdansa.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: