
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mahu MCA menyelesaikan krisis kepimpinan parti itu dahulu sebelum soal kedudukan Presiden MCA yang juga Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat dalam Kabinet ditangani.
Perdana Menteri yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, apa yang penting kini ialah MCA perlu mencari penyelesaian tuntas supaya perkara itu tidak berulang lagi.
"Saya amat berharap kepada kepimpinan MCA untuk membuat keputusan dengan segera, membaik pulih MCA serta mengembalikan keyakinan anggota-anggotanya dan masyarakat umum terhadap MCA.
"Saya percaya mereka telah mengambil iktibar daripada keputusan mesyuarat agung luar biasa (EGM) semalam (kelmarin)," katanya selepas melancarkan buku dwibahasa hasil nukilannya berjudul Menakhoda Zaman dan Helming the Times di sini semalam.
Najib berkata, BN menghormati keputusan yang dibuat oleh perwakilan MCA dan percaya jika kepentingan BN dan MCA diutamakan, parti itu boleh kembali kuat dan stabil serta menjadi rakan yang penting dalam BN.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: