Thursday, October 8, 2009

Satu MyKad kongsi dua orang - Pesara kerajaan gelisah, takut kerana nombor MyKad sama dengan MyKad penjenayah


AB. RASHID menunjukkan Surat Kemudahan Imigresen yang digunakannya buat sementara setelah dia menghadapi kesukaran membuat pasport antarabangsa.


KOTA BHARU - Angkara ada individu lain menggunakan MyKad miliknya, seorang lelaki hidup tidak tenteram kerana dikhuatiri akan disabitkan dengan kes-kes jenayah yang tidak dilakukannya.

Lebih merisaukan, Ab. Rashid Ab. Hana, 57, yang merupakan pesara kerajaan mendakwa MyKad miliknya memang digunakan oleh penjenayah yang menjadi buruan polis.

Masalah tersebut tidak setakat itu saja kerana dia juga menghadapi masalah untuk membuat pasport antarabangsa sehingga perlu membuat rayuan bagi mendapatkan pasport.

Dalam rekod polis dan Jabatan Imigresen, nama Ab. Rashid direkodkan sebagai seorang pesalah dalam satu kes dadah pada 1995 di Besut, Terengganu.

Perkara itu mula diketahui pada 5 Mei lalu ketika Ab. Rashid berurusan di pejabat Jabatan Imigresen di sini untuk membuat pasport antarabangsa yang akan digunakan bagi menunaikan umrah.

Bagaimanapun, katanya, pegawai imigresen itu memaklumkan bahawa nombor MyKad miliknya telah disenaraihitamkan manakala pasport antarabangsa miliknya tidak boleh dikeluarkan kecuali dia membuat rayuan kepada Jabatan Imigresen di Putrajaya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: