
LOS ANGELES - Penyanyi rock terkenal, Rod Stewart menunjukkan bahawa dia masih berminat dengan kereta sport mewah walaupun umurnya 68 tahun, lapor sebuah akhbar semalam.
Baru-baru ini, penyanyi yang terkenal dengan lagu seperti Have I Told You Lately itu menaiki kereta Ferrari Gallardo berwarna biru bersama isterinya, Penny Lancaster untuk bersiar-siar di Hollywood.
Kereta itu dipandu oleh Penny yang berumur 38 tahun manakala Rod duduk di sebelahnya.
Penyanyi itu amat meminati jenama Ferrari namun, dia pernah menjual beberapa kereta sportnya beberapa tahun lalu.

Pada 2007, dia menjual kereta Ferrari 575 Maranello manakala pada tahun lalu, penyanyi itu turut menjual sebuah Ferrari F430 Spider.
Album terbarunya dijangka dikeluarkan pada bulan depan dengan penglibatan beberapa tokoh muzik terkenal seperti Stevie Wonder, Smokey Robinson, Mary J.Blige dan Jennifer Hudson.
Pada awal bulan ini, dia mengumumkan tidak akan mengambil bahagian dalam majlis pertemuan semula dengan bekas kumpulannya, Faces sejak dia berpisah pada 1975.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: