
PADANG, Sumatera - Kerajaan Malaysia bersetuju menyalurkan bantuan sebanyak AS$1 juta (RM3.5 juta) bagi membantu mangsa gempa bumi yang berlaku pada 30 September lalu di Padang, Indonesia.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, bantuan kewangan itu bagi membantu membangunkan semula sekolah, rumah ibadat dan kemudahan yang lain.
Beliau berkata, keputusan itu telah mendapat persetujuan jemaah menteri dan akan disalurkan secepat mungkin melalui Kementerian Luar Malaysia kepada Kementerian Luar Indonesia.
"Tumpuan diberikan untuk membangunkan semula sekolah dan rumah ibadat kerana ia adalah kegunaan umum dan boleh dimanfaatkan oleh penduduk di Padang," katanya kepada pemberita ketika melawat kawasan gempa bumi dan mendengar taklimat oleh Gabenor Sumatera Barat, Gamawan Fauzi di Istana Gabenor Sumatera Barat di sini semalam.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: