Monday, October 5, 2009

Proton tingkatkan jenama Lotus


TUANKU MIZAN ZAINAL ABIDIN berkenan meletakkan logo Lotus selepas melancarkan enjin Lotus terbaru, sambil diperhatikan Nadzmi (kanan) di kilang Lotus di Norwich, United Kingdom baru-baru ini.


NORWICH, United Kingdom - Pembuat kereta nasional, Proton Holdings Bhd. (Proton) berhasrat meningkatkan jenama Lotus dan mengembalikan kegemilangannya dengan memperkenalkan model kereta baru.

Pengarah Urusan Kumpulan Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata, pada pelancaran Evora, kereta baru pertama Lotus sejak 1995 baru-baru ini merupakan permulaan untuk membawa jenama itu ke tahap lebih tinggi.

"Kami percaya potensi Lotus terletak pada penjenamaan. Jika melihat seluruh dunia, pengiktirafan jenama amat kukuh tetapi kita tidak sampai ke tahap pengiktirafan jenama itu," katanya dalam temu bual dengan media Malaysia sempena lawatan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah ke kilang Lotus di sini baru- baru ini.

Turut hadir Pengerusi Proton, Datuk Nadzmi Mohd. Salleh.

Selain itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Lotus, Dany Taner Bahar berkata, potensi jenama Lotus terlalu besar dan mempunyai kekuatan dan mempunyai sejarah panjang dalam perlumbaan kereta serta reputasinya sebagai pengeluar kereta sport yang menarik dan inovatif.

"Lotus sebaris dengan Ferrari, Lamborghini dan Maserati pada 1970-an hingga 1990-an. Kemudian ia berdepan dengan masalah. Kami percaya sudah tiba masanya membawa kembali Lotus ke tempat yang sepatutnya," kata beliau.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: