Wednesday, October 14, 2009

PolymerLatex labur RM250 juta


TAN KOK HONG (tengah) bersama Vinny Bhalla (kiri) mendengar penerangan mengenai sarung tangan daripada Dr. Fritz Lahner pada majlis pelancaran pembukaan kilang PolymerLatex di Pasir Gudang, Johor Bahru semalam.


JOHOR BAHRU - PolymerLatex GmbH, salah satu peneraju pengeluar getah sintetik dunia, melancarkan kilang getah nitril terbesar di dunia dan yang pertama di luar Eropah, PolymerLatex Sdn. Bhd. (PolymerLatex) yang membabitkan pelaburan sebanyak RM250 juta di kawasan perindustrian Pasir Gudang di sini semalam.

Kilang yang dilengkapi dengan teknologi terkini itu mampu mengeluarkan 100,000 tan metrik getah sintetik setahun bagi memenuhi permintaan daripada pelanggan tempatan dan antarabangsa.

Antara produk yang dihasilkan ialah sarung tangan, kertas, tekstil, karpet, bahan pembinaan dan cat.

Pengarah Urusan dan juga Ketua Pegawai Eksekutif PolymerLatex, Vinny Bhalla berkata, pihaknya menyasarkan kilang itu akan mula mencatat pertumbuhan yang memberangsangkan dalam tempoh dua hingga tiga tahun akan datang berdasarkan kepada perkembangan pasaran semasa.

"Kami cukup bersedia dengan kecekapan pengeluaran di kilang ini dalam usaha memenuhi permintaan pelanggan yang semakin berkembang. Persediaan itu turut melibatkan pemindahan kesemua teknologi di pusat pembangunan dan penyelidikan di Jerman ke Pasir Gudang,'' katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: