Thursday, October 8, 2009

PM Poland pecat ketua antirasuah

WARSAW - Perdana Menteri Poland, Donald Tusk menyatakan dia memecat ketua agensi antirausah negara itu kerana dakwaan salah guna kuasa sehingga menyebabkan peletakan jawatan Menteri Dalam Negeri, Grzegorz Schetyna serta Menteri Keadilan, Andrzej Czuma berhubung satu skandal rasuah.

Tusk dalam satu temu bual berkata, tindakan itu dilakukan bagi menjaga imej parti pemerintah.

Menurutnya, dia memecat Mariusz Kaminski iaitu seorang ahli politik pembangkang setelah agensi yang diketuainya mengemukakan tuduhan terhadap Schetyna dan beberapa pemimpin lain.

Sebelum ini pihak pembangkang dan media Poland mendesak Tusk memecat Schetyna dan Czuma.

Nama Schetyna disebut-sebut mempunyai kaitan dengan usaha melobi secara haram bagi menghalang cukai baru dilaksanakan terhadap industri perjudian.

Dia dikritik kerana mengadakan pertemuan dengan seorang ahli perniagaan yang melobi supaya draf cukai baru itu dipinda.

Namun, mereka yang dituduh itu menafikan melakukan sebarang salah laku.

Tusk menyatakan Biro Anti Rasuah Pusat (CBA) yang sebelum ini diketuai Kaminski itu didapati menggunakan kuasanya untuk tujuan politik.

Dia berkata, prosedur untuk mengeluarkan Kaminski daripada CBA akan selesai dilakukan esok.

Agensi itu ditubuhkan pada 2006.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: