
RIO DE JANEIRO - Beberapa penyeludup dadah menembak jatuh sebuah helikopter polis dalam satu pertempuran kelmarin di sebuah kawasan setinggan di sini.
Kejadian itu berlaku dua minggu selepas bandar raya tersebut dipilih untuk menjadi tuan rumah Sukan Olimpik 2016.
Beberapa pegawai menyatakan sebanyak 10 orang yang disyaki penyeludup dadah turut terbunuh dalam satu pertempuran di sebuah kawasan setinggan manakala dua pejalan kaki cedera.
Peluru-peluru yang berterbangan dari kawasan setinggan Morro dos Macacos di utara Rio de Janeiro mengenai helikopter itu manakala juruterbangnya terkena tembakan di bahagian kaki.
Juruterbang berkenaan gagal mengawal helikopter itu menyebabkan pesawat tersebut terhempas.
Namun, juruterbang itu dan tiga lagi anggota polis sempat keluar dari helikopter tersebut sebelum ia meletup.
Menurut Ketua Polis Tentera Rio de Janeiro, Mario Sergio Duarte, juruterbang dan tiga anggota polis melecur kerana terkena api.
Dalam pertempuran antara kumpulan penyeludup dadah itu, sebanyak dua anggota polis terbunuh.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: