
![]() |
| SEORANG anggota polis mencari bukti di berek tentera yang menjadi sasaran serangan bom di Milan semalam. |
MILAN - Seorang warga Libya semalam melontar sebutir bom buatan sendiri ke sebuah berek polis di sini namun tindakan lelaki itu memakan diri setelah sebelah tangannya hancur dalam letupan manakala seorang anggota polis bertugas mengalami cedera ringan.
Seorang hakim antikeganasan, Armando Spatero semalam menamakan suspek sebagai Mohamed Game, 35, yang menetap di Itali sejak 2003.
"Ini merupakan perbuatan serius tetapi kesan umum tidak boleh disalah anggap," kata Spatero dalam satu sidang akhbar di sini.
Menurutnya, bom tersebut dihasilkan menerusi campuran membuat baja tetapi ia tidak meletup sepenuhnya.
Menurut sumber polis, penyerang yang melempar bahan letupan tersebut kini dirawat di hospital dan berada dalam keadaan serius, kata sumber polis.
Seorang pegawai polis yang bertugas semasa kejadian cedera terkena serpihan tingkap kaca.
"Ketika ini kami menganggapnya sebagai kes terpencil oleh individu yang sebelum ini tidak mempunyai rekod jenayah," kata seorang pegawai risikan.
Datuk Bandar Milan, Letizia Moretti berkata, tangan Mohamed terpaksa dipotong dan dirawat.
Sejumlah saksi berkata, dia menjerit dalam bahasa Arab ketika cuba memasuki berek Perrucchetti pada pukul 7.45 pagi waktu tempatan.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: