Wednesday, October 7, 2009

Penduduk Samoa bina rumah semula


SEORANG penduduk tidur di tepi runtuhan rumahnya di sebuah
kampung di Lalomanu, Samoa kelmarin.


LALOMANU - Penduduk Samoa kembali ke perkampungan mereka yang musnah untuk mencari bahan-bahan binaan bagi membina semula rumah baru yang terletak jauh dari pantai.

Beratus-ratus penduduk Samoa masih berada di bukit sekitar pulau itu walaupun tsunami tersebut sudah hampir seminggu berlaku yang terjadi akibat gempa bumi kuat berukuran 8.3 pada skala Richter.

"Kami tidak mahu turun ke bawah. Tempat ini selamat untuk kami," kata seorang penduduk, Solo Feleni.

Seorang wanita meninggal dunia kelmarin sekali gus menjadikan angka korban bencana alam pada 29 September itu meningkat kepada 178 orang iaitu 137 di Samoa manakala 32 lagi di Samoa Amerika Syarikat (AS) dan sembilan di Tonga.

"Kami tidak mahu tinggal di tempat biasa kerana ia mengingatkan kami kepada kejadian itu," kata seorang lagi penduduk, Fuea Ta'uinaola.

Wanita itu bersedia untuk berpindah jauh dari pekan pesisir pantai Aleipata yang rosak teruk dilanda tsunami.

Ketua Eksekutif Kementerian Sumbar Asli dan Alam Sekitar Samoa, Taulealeausumai Laavasa Malua berkata, pemerintah bersedia memberikan sokongan kepada keluarga untuk membina semula rumah di kawasan tanah tinggi.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: